Industri yang semakin berkembang saban hari dapat dilihat dengan

Industri
seni kreatif di Malaysia bukanlah satu perkara yang asing lagi dan ia diiktiraf
oleh orang ramai sebagai salah satu industri yang semakin meningkat naik dan
berkembang dari masa ke semasa. Bukti yang menunjukkan bahawa bidang animasi
merupakan salah satu industri yang semakin berkembang saban hari dapat dilihat
dengan peningkatan dalam penubuhan bilangan buah studio dan siri-siri animasi
tempatan yang wujud pada masa kini. Pembikin animasi tempatan mendapat sumber
ilham dan inspirasi daripada saluran-saluran program asing seperti Cartoon Network, Disney dan Nickelodeon. Kajian
menyatakan bahawa antara produk animasi daripada luar negara yang diminati oleh
kanak-kanak di negara Malaysia adalah Doraemon, Crayon Shin Chan, Mickey Mouse
dan Tom and Jerry (Kosmo, 2017).

 

Animasi ternyata bukanlah satu perkara yang baru
dan semakin mendapat perhation orang dalam industri tempatan kita dan industri
hiburan antara bangsa. Lahirnya idea-idea yang bernas, bakat-bakat pembikin
animasi tempatan dan kreativiti mereka menunjukkan bahawa pembikin animasi ini
bergerak selari dengan kecanggihan teknologi dunia pada masa kini. Seterusnya, bidang
animasi ini secara tidak langsung juga meningkatkan popularati Malaysia di mata
dunia. Industri kreatif ini ternyata dan terbukti berpotensi dalam me
ningkatkan pertumbuhan ekonomi negara an menunjukkan evolusi animasi di
Malaysia. Malahan, masyarakat juga menjadikan animasi sebagai wakil dan
cerminan gaya hidup mereka yang boleh menjadi simbol dalam kehidupan seharian
mereka dan ternyata bidang animasi berpotensi menjadi platform dalam
menyumbangkan identiti negara Malaysia kepada seantero dunia.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

Selain itu, kerajaan telah menyokong penuh lebih
kurang 200 syarikat yang berdaftar di bawah Teknologi dan Multimedia Malaysia yang disokong oleh kerajaan bagi
usaha dalam meningkatkan pengeluaran animasi hasil anak-anak tempatan. Tetapi
sejarah lampau tidak boleh dilupakan sama sekali, bidang animasi di Malaysia
sebenarnya mula diperkenalkan pada sekitar era 80-an menerusi siri cerita animasi
pendek seperti Sang Kancil dan Buaya, Pak Belang, Arnab dan Kura-Kura serta Sang
Kancil yang disiarkan di saluran-saluran televisyen. Kajian juga menunjukkan
bahawasanya kualiti pengeluaran industri animasi tempatan juga telah bertambah
maju berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana kemajuan teknologi yang sedia ada
pada hari semakin bertambah baik dan meningkat naik.

 

Suliati
Ari (2017) berkata bahawa jalan cerita animasi yang menghiburkan serta
penerapan unsur teladan dan nilai-nilai murni menjadikan animasi ini sangat
popular dan terkenal di Malaysia serta turut mendapat sambutan yang
menggalakkan dan tidak diduga di Indonesia, Brunei, China dan seluruh Asia
Tenggara. Animasi ini juga merupakan satu platform bagi mempromosikan dan
mewarkan-warkan keunikan negara kita ke serata negara.

 

Animasi ini
juga turut memperkenalkan budaya dan tradisi masyarakat tempatan yang lain
sebagai contoh dalam animasi ini Upin dan Ipin serta rakan-rakannya bermain
permainan tradisional Malaysia seperti sepak takraw, konda-kondi dan galah
panjang. Selain itu, antara budaya kesenian lain yang turut ditunjukkan serta
ditonjolkan dalam animasi ini adalah sebagai contoh persembahan boria, kompang
dan wayang kulit. Di samping itu, makanan-makanan unik Malaysia juga turut
dipekenalkan dan dipaparkan seperti lemang, ubi kayu dan nasi lemak. Kajian
menunjukkan animasi Upin dan Ipin
telah berjaya mempromosikan budaya rakyat tempatan serta merupakan salah satu
peranan yang utama dan platform dalam menunjukkan nilai-nilai Malaysia untuk
hubungan yang harmoni di kalangan masyarakat (Ghani & Dahlan, 2015).

 

Malahan turut
membanggakan, Kementerian Pelancongan Malaysia (MOTAC) telah mengumumkan
pelantikan Upin dan Ipin sebagai Duta Pelancongan Malaysia (Harian Metro,
2017). Kerjasama antara pihak Kementerian Pelancongan Malaysia (MOTAC) dan
pihak syarikat Les’ Copaque Production ini merupakan tindakan wajar dan bernas
bagi memperkenalkan budaya kesenian dan kebudayaan Malaysia. Animasi Upin dan
Ipin sekali lagi membanggakan Malaysia apabila dipilih menjadi maskot Pameran
Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2016)
yang merupakan satu dasar bagi memupuk, mendidik dan menarik minat orang ramai
dalam menceburi bidang pertanian (Utusan, 2016).

 

 

 

Selain itu,
watak animasi Upin dan Ipin sekali lagi menjadi kebanggaan negara kita di
peringkat kebangsaan dengan pencapaiannya yang amat membanggakan dalam menaikkan
popularti Malaysia. Watak animasi Upin dan Ipin dipilih Tabung Kanak-kanak
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia sebagai Duta Negara bagi
kanak-kanak (Utusan, 2013).

 

               Di samping itu, pencapaian lain
yang memberangsangkan adalah syarikat Les’ Copaque Production telah
berjaya membawa animasi Upin dan Ipin ke negara China. Mereka telah memilih Youku sebagai platform yang terbaik
bagi mnyebarkan dan menyiarkan animasi Upin dan Ipin (Si Polan, 2017). Seperti
yang kita tahu, Youtube adalah platform dan saluran penyiaran yang utama bagi
kebanyakan negara namun bukanlah negara China kerana mereka tidak mempunyai
Youtube. Namun, mereka mempunyai Youku iaitu sebuah platform dan saluran
penyiaran video terbesar di negara China. Bagi memudahkan urusan syarikat Les’
Copaque Production di negara China, mereka telah menjalinkan kerjasama dengan Nicecrown
International Limited untuk menguruskan semua urusan perniagaan
syarikat mereka di negara China. Animasi Upin dan Ipin merupakan animasi
pertama negara kita yang berjaya memasuki negara China dengan terjalinnya usaha
kerjasama tersebut.